Dasar Privasi
Dikemas kini: 24 November 2026
APIL Marketing (NJ Empire Resources) ("kami") menghormati privasi anda. Dasar ini menerangkan data peribadi yang kami kumpul melalui laman apilmarketing.com, WhatsApp dan servis kami, cara kami menggunakannya, dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
1. Data yang kami kumpul
- Maklumat hubungan yang anda beri sendiri bila menghubungi kami melalui WhatsApp: nama, nombor telefon dan isi perbualan.
- Maklumat kenalan lama dan perniagaan: nama, nombor telefon dan sejarah perbualan pelanggan atau kenalan yang pernah berurusan dengan kami, serta maklumat perniagaan yang tersedia secara awam (contoh nombor perniagaan pada profil umum) untuk tujuan menghubungi bisnes tersebut.
- Data penggunaan laman melalui kuki dan Meta Pixel (jika anda bersetuju): halaman yang dilawati, butang yang diklik (contoh butang WhatsApp atau beli ebook), jenis peranti dan pelayar.
- Data pembelian ebook diproses oleh platform pembayaran pihak ketiga (bcl.my): nama, emel, telefon dan status bayaran. Kami tidak menyimpan butiran kad atau akaun bank anda.
- Data servis Check Untung Sebenar / semak akaun iklan: fail export atau akses sub-akaun / ahli pasukan yang anda beri sendiri, dengan persetujuan bertulis. Kami tidak meminta kata laluan anda. Fail tersebut mungkin mengandungi data pembeli anda (contoh nama, telefon, alamat); anda mengesahkan anda berhak berkongsinya, dan kami hanya menggunakannya untuk servis yang diminta serta dipadam seperti di bahagian 5.
Sumber data: daripada anda sendiri (borang, WhatsApp, pembelian, fail yang anda beri), daripada pelayar anda (kuki/Meta Pixel, jika anda setuju), dan maklumat perniagaan awam seperti di atas. Wajib atau sukarela: penyediaan data adalah sukarela, tetapi tanpa maklumat hubungan atau pembelian yang diperlukan, kami tidak dapat membalas, menghantar ebook atau melaksanakan servis. Laman ini tidak ditujukan kepada kanak-kanak bawah 18 tahun.
2. Tujuan penggunaan
- Membalas pertanyaan dan memberi sebut harga servis.
- Menghantar produk digital (ebook) yang anda beli.
- Melaksanakan servis yang anda minta (contoh audit untung, urus iklan).
- Mengukur prestasi laman dan iklan, serta menunjukkan iklan yang berkaitan kepada pelawat yang bersetuju (retargeting).
- Menghantar mesej WhatsApp berkaitan servis atau tawaran kepada kenalan dan pelanggan lama. Anda boleh berhenti pada bila-bila masa dengan membalas "STOP".
3. Kuki dan Meta Pixel
Laman ini menggunakan Meta Pixel (Meta Platforms) hanya selepas anda menekan "Setuju" pada notis kuki. Jika anda menekan "Tolak", Meta Pixel tidak merekod atau menghantar peristiwa penggunaan laman anda. Jika anda setuju, peristiwa berikut dihantar kepada Meta: paparan halaman (PageView), paparan kandungan (ViewContent), klik butang WhatsApp (Lead) dan klik butang beli ebook (InitiateCheckout), bersama pengecam pelayar dan maklumat peranti. Kami tidak menghantar kandungan perbualan WhatsApp, data audit atau maklumat kewangan anda kepada Meta melalui laman ini. Halaman pembelian ebook di bcl.my mempunyai penjejakan Meta sendiri untuk mengukur pembelian. Anda boleh menukar pilihan dengan memadam data laman (kuki/storan) dalam pelayar anda; notis akan dipaparkan semula. Anda juga boleh mengurus iklan yang dipaparkan melalui tetapan iklan akaun Facebook/Instagram anda. Maklumat lanjut: Dasar Privasi Meta.
4. Perkongsian data
Kami tidak menjual data anda. Data hanya dikongsi dengan pihak yang perlu untuk tujuan di atas:
- Meta Platforms (Facebook/Instagram/WhatsApp) untuk komunikasi dan pengukuran iklan.
- bcl.my dan gerbang pembayarannya untuk proses pembelian ebook.
- Google (Drive/Gmail) untuk penghantaran ebook.
- Cloudflare untuk hosting laman.
- Pihak berkuasa jika dikehendaki oleh undang-undang.
Sebahagian pihak ini (Meta, Google, Cloudflare) menyimpan atau memproses data di luar Malaysia. Dengan menggunakan laman, WhatsApp atau servis kami, anda faham data anda mungkin dipindahkan ke luar Malaysia untuk tujuan di atas.
5. Tempoh simpanan
- Data audit Check Untung Sebenar / semakan akaun dipadam dalam masa 7 hari selepas laporan diserahkan.
- Rekod pembelian disimpan selama yang diperlukan untuk tujuan perakaunan dan undang-undang.
- Data hubungan disimpan selagi ada urusan atau sehingga anda minta dipadam.
6. Hak anda
Anda berhak untuk meminta akses, meminta pembetulan, menarik balik persetujuan, berhenti menerima mesej promosi (balas "STOP"), atau memadam data peribadi anda.
7. Keselamatan
Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi data anda, termasuk akses terhad dan tidak menyimpan kata laluan pelanggan.
8. Aplikasi APIL BF Tower
Aplikasi dalaman APIL BF Tower (Meta/Threads) hanya digunakan oleh APIL Marketing untuk menjadualkan post dan membaca prestasi Page dan akaun milik kami sendiri. Aplikasi ini tidak mengumpul data pelawat atau pengguna lain. Arahan pemadaman data: WhatsApp 011-2802 4812 dengan tajuk "Padam Data Aplikasi", dan kami akan memadam data berkaitan dalam masa 21 hari.
9. Perubahan dasar
Dasar ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terkini dinyatakan di bahagian atas halaman ini.
10. Hubungi kami
APIL Marketing (NJ Empire Resources)
WhatsApp: 011-2802 4812
Emel: hello@apilmarketing.com
Laman: apilmarketing.com
APIL MARKETING